PERATURAN UBAH SUAI KENDERAAN
Jika ingin mengubahsuai kenderaan anda MESTI mendapatkan nasihat dan pandangan JPJ kerana ada ubahsuai serta pemasangan alat tambahan perlu mendapatkan kelulusan jabatan tersebut.
Jika ubahsuai dan pemasangan kelengkapan tambahan itu membawa perubahan besar kepada rupa bentuk asal,ukuran,kestabilan dan keselamatan dan ciri-ciri asal kenderaan tersebut kebenaran BERTULIS hendaklan diperolehi daripada JPJ.
ANTARA UBAHSUAI YANG MEMERLUKAN KEBENARAN JPJ:
- PEMASANGAN SUNROOF PADA BUMBUNG KENDERAAN
- UBAHSUAI MEMBABITKAN RANGKA DAN RANGKAIANNYA
- PENGUBAHAN SISTEM BAHAN API
- PENGUBAHAN SISTEM BREK
- PENGUBAHAN SISTEM STERING
- PENGUBAHAN BES RODA KENDERAAN
- PENGUBAHAN ENJIN
ANTARA UBAHSUAI YANG TIDAK DIBENARKAN:
- LAMPU BERKELIP-KELIP(SELAIAN LAMPU PETUNJUK ARAH & LAMPU BERJAGA-JAGA) DI DEPAN ATAU BELAKANG KERETA
- LAMPU BERWARNA UNGU,BIRU ATAU HIJAU
- HON BERIRAMA ATAU DUA NADA
- LAMPU SOROT DIBAHAGIAN BELAKANG
- CERMIN GELAP YANG KADAR KETELUSAN CAHAYA TIDAK MENEPATI KELULUSAN JPJ.
Dipetik daripada HARIAN METRO..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan